Insignia, bendera pemerintah dan plat bintang Marsyal_Tentera_Udara_Diraja

Insignia pangkat mengandungi empat baris sederhana berwarna biru muda (setiap satu pada baris lebih lebar yang berwarna hitam) diatas satu baris berwarna biru muda pada baris lebar berwarna hitam. Insignia ini berasal daripada jalur lengan seorang laksamana armada dan dipakai pada hujung kedua-dua pergelangan lengan tunik atau pada bahu sut terbang atau pakaian seragam perkhidmatan. Marsyal Tentera Udara Diraja memakai papan bahu berserta pakaian perkhidmatan mereka pada upacara istiadat. Lencana bahu ini memaparkan helang pegawai udara yang dikelilingi kalungan bunga, dua baton marsyal bersilang dan, semenjak pertabalan Ratu Elizabeth II, Mahkota St Edward mewakili kuasa diraja.[12] Sebelum tahun 1953, Mahkota Tudor (kadangkala dipanggil Mahkota Raja) telah digunakan.

Bendera pemerintah marsyal Tentera Udara Diraja mempunyai baris lebar melintang berwarna merah di tengah bendera dengan baris sederhana berwarna merah yang mengapit atas dan bawah.

Plat bintang kenderaan bagi marsyal Tentera Udara Diraja memaparkan lima bintang putih (marsyal Tentera Udara Diraja adalah bersamaan dengan pangkat lima bintang) yang berlatar belakangkan warna biru tentera udara.

Insignia pangkat dan bendera wujud di beberapa tentera udara lain untuk pangkat yang setaraf dengannya. Gelaran pangkat sedikit berbeza, sering menjadi variasi pada Marsyal Tentera Udara, biasanya dengan nama tentera udara yang berkenaan bagi menggantikan perkataan 'Tentera Udara Diraja'. Satu contoh ketara amalan ini ialah pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja Australia.

  • Insignia pergelangan baju Marsyal RAF
  • Papan bahu Marsyal RAF
  • Insignia pergelangan Mess Kit Marsyal RAF
  • Pergelangan Pakaian Istiadat No. 1 Marsyal RAF
  • Bendera pemerintah Marsyal RAF
  • Plat bintang Marsyal RAF

Rujukan

WikiPedia: Marsyal_Tentera_Udara_Diraja http://www.britairforce.com/raf_rankbadges_1.htm http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/1953/1... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,8... http://www.rafweb.org/Biographies/Elworthy.htm http://www.rafweb.org/Biographies/Grandy.htm http://www.rafweb.org/Biographies/Harris.htm http://www.rafweb.org/Biographies/Newall.htm http://www.rafweb.org/Biographies/Pike_TG.htm http://www.rafweb.org/Biographies/Spotswood.htm http://www.rafweb.org/Biographies/Trenchard.htm